Tuesday, 17 November 2015

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENGASAS MELAKA

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. 
Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.
Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.
 
 
 

MELAKA MENDAPAT NAMA

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.
Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.
 
 
 
 
 
 
 
Image result for SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA Image result for SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
 

No comments:

Post a Comment