Tuesday, 17 November 2015

AKTIVITI PERSATUAN SEJARAH DAN GEOGRAFI

  Kelab Sejarah dan Gerografi Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad , Pekan dibawah pengawasan guru-guru kelab, telah mengadakan beberapa aktiviti-aktiviti menarik untuk ahli-ahli kelab kami. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah :-
  • Mesyuarat Agung 
Aktiviti wajib bagi semua kelab dan persatuan untuk melantik ahli jawatan kuasa tertinggi.


  • Kotak Misteri
Ahli kelab diminta mencabut satu kertas dai dalam kotak yang diberi dan dikehendaki memenuhi segala arahan kertas tersebut seperti menjawab soalan sejarah, menyanyikan lagu Negaraku dan lain-lain.
  • Tukar lirik 
Ahli kelab diminta memilih mana-mana lagu yang disukai kemudian mengubah lirik supaya menjadi suatu lagu yang bertemakan patriotik. Sebuah kumpulan telah berjaya mengubah sebuah lagu Korea kepada sebuah lagu patriotik yang berjudul '1 Malaysia.'
  • Sumbangan
Ahli kelab diminta membuat bayaran sebanyak beberapa ringgit dan wang yang terkumpul akan dimasukkan ke dalam salah sebuah tabung di sekolah. Aktiviti ini berobjektif untuk melahirkan sifat pemurah.
 http://www.upsi.edu.my/
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAhttp://www.moe.gov.my/

KES BULI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH





















Kejadian buli dan tingkah laku ganas di sekolah-sekolah terutamanya di sekolah berasrama penuh yang melibatkan pelajar adalah suatu perkara yang harus dipandang serius oleh semua pihak yang berkenaan.

Kejadian-kejadian sebegini amat membimbangkan dan adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan, sekolah, polis, ibu bapa dan pelajar untuk bersama-sama menangani masalah tersebut.

Menurut pihak polis, penglibatan pelajar di dalam jenayah hanyalah 0.9 peratus daripada jumlah indeks jenayah di negara ini manakala Kementerian Pendidikan pula mendedahkan bahawa pelajar yang terlibat dalam tindakan disiplin hanyalah kurang daripada 2 peratus daripada 5 juta pelajar di negara ini.

Isu-isu disiplin di sekolah seperti ponteng, salah laku, kecurian dan pergaduhan yang membawa kepada keganasan dan kecederaan tidak boleh ditolak ansur oleh pihak sekolah walaupun masalah tersebut adalah pada tahap yang amat rendah.

Isu buli  di sekolah dan bentuk disiplin yang lain harus dikaji semula dengan tujuan untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan kita dan langkah-langkah untuk mengatasinya harus diambil oleh guru besar sekolah dan guru disiplin.

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENGASAS MELAKA

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. 
Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.
Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.
 
 
 

MELAKA MENDAPAT NAMA

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.
Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.
 
 
 
 
 
 
 
Image result for SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA Image result for SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA