Kelab Sejarah dan Gerografi Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad , Pekan dibawah
pengawasan guru-guru kelab, telah mengadakan beberapa aktiviti-aktiviti
menarik untuk ahli-ahli kelab kami. Antara aktiviti-aktiviti tersebut
adalah :-
Aktiviti wajib bagi semua kelab dan persatuan untuk melantik ahli jawatan kuasa tertinggi.
- Kotak Misteri
Ahli
kelab diminta mencabut satu kertas dai dalam kotak yang diberi dan
dikehendaki memenuhi segala arahan kertas tersebut seperti menjawab
soalan sejarah, menyanyikan lagu Negaraku dan lain-lain.
- Tukar lirik
Ahli kelab diminta memilih mana-mana lagu yang disukai kemudian mengubah
lirik supaya menjadi suatu lagu yang bertemakan patriotik. Sebuah
kumpulan telah berjaya mengubah sebuah lagu Korea kepada sebuah lagu
patriotik yang berjudul '1 Malaysia.'
Ahli kelab diminta membuat bayaran sebanyak beberapa ringgit dan wang
yang terkumpul akan dimasukkan ke dalam salah sebuah tabung di sekolah.
Aktiviti ini berobjektif untuk melahirkan sifat pemurah.